Thursday 17 October 2013

Orang Buat Jahat Kita Balas Baik

Alhamdulillah untuk hari ini, syukur tak terhingga kerana masih lagi bernafas sebagai seorang muslim amin....


Seperti tajuk di atas tu, saya rasa mungkin sebahagian dari kita tahu apa fungsi hati, ye hati sebahagian daripada organ dalaman manusia yang mana menjalankan tugas harianya setiap hari,jangan kita ambil remeh akan fungsi hati ini. 

Dari sudut rohani,  hati yang sakit lebih kepada perasaan individu iaitu perasaan hasad dengki, riak, cinta dunia, sombong, angkuh, dendam, khianat, bohong, dan bermacam-macam lagi.


Doktor manakah yang boleh mengubati penyakit hati ini, ianya bagaikan barah yang semangkin parah, dek kerana penyakit hati ini lah yang membuatkan manusia boleh berubah bentuk dari manusia normal kepada haiwan buas yang menerkam mangsanya tanpa belas kasihan.

Kebersihan hati perlu dijadikan modal utama untuk menharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

"hati jika sudah bersih pandangannya kan menumbusi hijap,
tapi hati bila dikotori bisikan ya tidak lagi kedengaran"

Itu antara lirik lagu dari kumpulan nasyid HIJAZ. 

Seandainya hati kita bersih dan sentiasa ingat akan ALLAH, InyaALLAH segala halangan dan rintangan hidup dapat dilalui dengan tenang, sentiasa memaafkan kesalahan orang kerana diri kita pun tidak perlepas melakukan kesalahan bahkan mungkin lebih lagi,sesungguhnya setiap ucapan keji dari mereka merupakan pahala buat kita pula.

Justeru itu apa perlu kita risaukan ini kerana kita fikir akan kemuliaan yang ALLAH beri kepada kita di atas tindakkan penyakit hati orang lain. tenangkan diri, apabila kita bersedia memaafkan orang lain Insya ALLAH nescaya ALLAH akan membuka hati orang lain untuk memaafkan kita pula.

Biarlah kita hina dimata manusia lain, tetapi mulia disisi ALLAH, daripada mulia disisi manusia tetapi hina disisi ALLAH, Nauzubillah.

Firman ALLAH dari surah AL- hujurat (13) yang bermaksud: " ....sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antaramu, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya....

Wallahhuaklam..

Wednesday 16 October 2013

Air

Tahukah anda tentang air?..

Air terbentuk daripada 2 bahagian hydrogen dan 1 bahagian oksigen (H2O). air meliputi 70% dari permukaan bumi, ini bermakna hanya 30% aje Tanah atau daratan.

Air merupakan sumber utama untuk kita bersuci, air-air yang sah untuk dibuat bersuci terdiri daripada :

Dari langit:
  1. Air salji
  2. Air Hujan
  3. Air embun

Dari bumi:
  1. Air laut.
  2. Air sungai
  3. Air mata air
  4. Air perigi

Air ni pun ada hukum dalam pengunaannya, jangan duk main guna jek tau.....nanti tak sah lak solat atau ibadah kita.... ha jom sama-sama kita belajar kenal ini air ye..

1. Air mutlak.
    Air nie boleh la kita buat bersuci tak kiralah nak buat ape pun boleh, nak cuci kereta ke, nak cuci lepas melepas pun boleh, dan yang paling penting boleh la untuk berwuduk.
contoh air mutlak nie: air paip korang yang kat rumah tu la dan air-air yang kat atas tu semua tergolong dalam air mutlak.

2. Air mushammas
    Ha... AWAS air nie kena hati-hati sikit sebab, air nie air yang ada kat dalam tin atau bekas yang berkarat, kalau nak guna air nie boleh tapi tak digalakkan sebab boleh mendatangkan kemudaratan kalau kita guna jugak, macam kena sakit kulit ke, keracunan ke, tapi kalau dah x de air sangat dibolehkan guna air nie.
 
3. Air Mustakmal
       Kalau kita dah ambil wuduk air yang tertadah dibawahnya tu la yang dipanggil air mustakmal,atau kita panggil air basuhan pertama wuduk....boleh tak kita gunakan air nie..? BOLEH untuk kita guna buat basuh baju ke, mandi ke..x kisah buat basuh ape2 pun,
TAK BOLEH untuk kita gunakan semula untuk berwuduk...ok ada faham kalau x paham boleh la Tanya kat komen tu ye.

4. Air mutanajis
         Nama dia aje kita dah boleh tekakan, air nie sah-sah x leh buat apa2 sebab air nie dah becampur dengan najis, TAPI pastikan air tu kurang dari 2 kolah misalnya air kat dalam baldi dah masuk bangkai tikus ke,hukumnya kenalah buang aje air tu....kalau airnya banyak 2 kolah ke 4,5 kolah ke, tak payah la di buang air nya tu cukup sekadar buang najis Nye aje....ok...membazir kalau di buang...betul..betul...betul...

ok tu la tadi sikit sebanyak pengetahuan saya tentang air, ini pun saya rujuk dalam kitab darjah 2 sekolah agama Taman kota masai, Johor.  dan subjek yang pernah saya ajarkan pada anak murid saya tahun lepas, sama-sama la kita check and recheck untuk sama-sama kita betulkan mana-mana yang terseliuh tu kan....tafaddol....wallahuaklam

Tuesday 8 October 2013

Perkahwinan



Salam buat semua.apa khabar iman anda hari ini. Tak sabar rasanya untuk berkongsi cerita dengan kengkawan.hari bie nak kongsi sikit tentang faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam perkahwinan.

Baru- baru nie saya ada membuat survey yang berkisar tentang Internet.

 " Apa emak awak suka buka di INTERNET.?"

Secara sepontan budak nie jawab

 " Mak saya suka buka FB, layan jantan lain...dah bosan layan laki kat rumah"

Ha itu la response dari budak zaman sekarang..
so..sekarang saya rasa sudah masanya untuk kita sama- sama mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga.

 untuk tips-tips yang menarik untuk kebahagiaan rumah tangga sila lawat laman ini

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!   
Sebagai suami isteri mantapkan ilmu pengetahuan tentang Agama. itu la tunggak utama kebahagian rumah tangga, sekiranya kita berpegang dengan tali ALLAH...INSYA ALLAH rumah tangga kita akan sentiasa dibawah lindungan ilahi hingga ke akhir hayat. 



Monday 7 October 2013

Cute Felt

Ha mula jek ari nie....saya nak tunjuk kat anda keycahain yang cute miut nie. sebenarnya nie pic lama, abis camno...post lama x leh edit lak...terpaksa la wat post baru.
 






 keychain nama order dari dak-dak sekolah...ramai lak yang bekenan...so diorang buat order.....and then Tara......siap utk korng...

 ha nie lak keychain KODOK....and ANGRY BIRTS.....buat sikit...tapi pemintaan banyak lak....sabo ye bagi yang bekenan .......nanti saya buat bebanyak...

Ahlan Wasahlan / Selamat Datang

 

^_^ Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya...

Di sini saya ingin berkongsi bersama kengkawan apa-apa sahaja yang cantik dan menarik terutama dalam kehidupan kita seharian.
Sesungguhnya setiap insan sukakan yang cantik-cantik bukan.

Ada diantara post-post saya bercerita tentang barang-barang kraf yang cute miut, itu merupakan hobi dan kelebihan yang ALLAH telah berikan kepada saya, lalu apalah salahnya saya jadikan ia sesuatu yang boleh bermanfat kepada saya dan juga anda....

Sesamalah kita membina ukhwah islamiah yang semangkin jauh tercampak dek kerana kerakusan manusia mengejar syurga dunia yang pastinya tidak kekal selamanya.

Kongsikan idea-idea anda bersama untuk kita shering and caring.....

Akhir kata dari saya :

" Ukhwah Itu Indah, Bertemu Berpisah Kerana ALLAH"

Folow me ye.....