Thursday 17 October 2013

Orang Buat Jahat Kita Balas Baik

Alhamdulillah untuk hari ini, syukur tak terhingga kerana masih lagi bernafas sebagai seorang muslim amin....


Seperti tajuk di atas tu, saya rasa mungkin sebahagian dari kita tahu apa fungsi hati, ye hati sebahagian daripada organ dalaman manusia yang mana menjalankan tugas harianya setiap hari,jangan kita ambil remeh akan fungsi hati ini. 

Dari sudut rohani,  hati yang sakit lebih kepada perasaan individu iaitu perasaan hasad dengki, riak, cinta dunia, sombong, angkuh, dendam, khianat, bohong, dan bermacam-macam lagi.


Doktor manakah yang boleh mengubati penyakit hati ini, ianya bagaikan barah yang semangkin parah, dek kerana penyakit hati ini lah yang membuatkan manusia boleh berubah bentuk dari manusia normal kepada haiwan buas yang menerkam mangsanya tanpa belas kasihan.

Kebersihan hati perlu dijadikan modal utama untuk menharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

"hati jika sudah bersih pandangannya kan menumbusi hijap,
tapi hati bila dikotori bisikan ya tidak lagi kedengaran"

Itu antara lirik lagu dari kumpulan nasyid HIJAZ. 

Seandainya hati kita bersih dan sentiasa ingat akan ALLAH, InyaALLAH segala halangan dan rintangan hidup dapat dilalui dengan tenang, sentiasa memaafkan kesalahan orang kerana diri kita pun tidak perlepas melakukan kesalahan bahkan mungkin lebih lagi,sesungguhnya setiap ucapan keji dari mereka merupakan pahala buat kita pula.

Justeru itu apa perlu kita risaukan ini kerana kita fikir akan kemuliaan yang ALLAH beri kepada kita di atas tindakkan penyakit hati orang lain. tenangkan diri, apabila kita bersedia memaafkan orang lain Insya ALLAH nescaya ALLAH akan membuka hati orang lain untuk memaafkan kita pula.

Biarlah kita hina dimata manusia lain, tetapi mulia disisi ALLAH, daripada mulia disisi manusia tetapi hina disisi ALLAH, Nauzubillah.

Firman ALLAH dari surah AL- hujurat (13) yang bermaksud: " ....sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antaramu, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya....

Wallahhuaklam..